Gelang
Gelang adalah barang perhiasan yang dipakai di pergelangan tangan, tetapi ada juga yang memakainya di pergelangan kaki. Gelang boleh diperbuat daripada logam, kulit, kain atau bahan plastik malah kadangkala mengandungi permata, batu, kayu, serta kerang. Ada juga gelang digunakan untuk tujuan perubatan dan sebagai identiti diri seperti gelang alahan dan tag pengenalan pesakit di hospital.
Terdapat beberapa jenis gelang antaranya:
- “Charm bracelet”- perhiasan yang dipakai di pergelangan tangan. loket perhiasan membawa maksud atau signifikasi yang tersendiri kepada si pemakai.
- “Bangles”- gelang jenis ini biasanya dari besi, kayu, atau plastic. Gelang ini juga boleh didapati dalam tekstur licin dengan dihiasi batu permata.
- “Slap bracelets”- gelang ini berbentuk rata, ditutupi oleh lapisan besi yang melingkari pergelangan tangan.
- “Beaded bracelet”- biasanya diperbuat dari manik .
- “Link bracelets” – gelang jenis ini diperbuat dari hasil sambungan atau rantaian komponen sama atau perhiasan. Gelang ini boleh didapati dalam pelbagai material seperti besi dan juga batu permata.
- “Alternative health bracelets”- contoh gelang jenis ini adalah gelang karma, gelang ionis, gelang magnet, gelang Hologram Pengimbang Tenaga, dan sebagainya. Gelang ini direka mengikut fungsi dan manfaat.
- “Sports bracelets”- gelang ini diperbuat dari getah silicon.
RUJUKAN:
http://www.hmetro.com.my/articles/Perhiasankegilaanwanita/Article http://en.wikipedia.org/wiki/Bracelet
No comments:
Post a Comment