Mace Windu Lightsaber - Alternate Select
Cuteki ecards

Tuesday 6 November 2012

Produk #2 : Seluar.

Pembaca yang dikasihi, produk kedua yang ingin kami kongsikan pengetahuan adalah......
Seluar
Seluar panjang ialah sejenis pakaian yang dipakai di bahagian bawah badan dari pinggang ke pergelangan kaki, menutupi kedua belah kaki berbeza (berbanding dengan kain yang merentang kedua belah kaki seperti skirt dan baju). Seluar pendek pula hanya sampai ke takat sekitar lutut. Seluar merupakan pakaian yang lebih dipilih oleh golongan pengguna kerana memudahkan pergerakan dan kelancaran aktiviti harian. Seluar bagi wanita terdiri daripada tiga jenis yang utama iaitu seluar jeans, seluar slack dan seluar track-suit. Seluar dalam kebanyakan dunia Barat, seluar telah dipakai sejak zaman purba dan sepanjang tempoh zaman pertengahan, menjadi bentuk yang paling biasa pakaian badan yang lebih rendah bagi lelaki dalam zaman moden. Sejak abad ke-20, seluar telah menjadi lazim bagi wanita juga. Seluar pendek sering pilihan dalam cuaca panas atau bagi sesetengah sukan, dan juga sering oleh kanak-kanak. Seluar dipakai pada pinggul atau pinggang, dan boleh dicengkam untuk tujuan ketatkan menggunakan tali pinggang, atau suspender (pendakap).

Seluar Jeans
Jean ialah seluar panjang yang diperbuat daripada denim yang tebal dan tahan lasak. Sebahagian jean biru Amerika Syarikat terawal dibuat oleh Jacob Davis, Calvin Rogers, danLevi Strauss pada 1873. Bermula pada 1950-an, jean, mulanya direka untuk pekerja, menjadi popular di kalangan remaja. Jenama bersejarah termasuklah Levi's, Lee, dan Wrangler. Jean sekarang ini merupakan pakaian kasual yang amat popular di seluruh dunia, sudah berdekad-dekad. Jean mempunyai banyak gaya dan warna. Walau bagaimanapun, "jean biru" dikaitkan dengan budaya Amerika, terutamanya American Old West. Seluar jean wanita terdiri daripada Straight cut, skinni dan bo-cut.
       I.            Seluar Jean Straight Cut
Ø  Seluar jean jenis straight cut ini merupakan jenis seluar jens yang mempunyai lilitan pinggang dan ukuran yang sama seperti seluar jeans yang lain. Straight cut bermaksud ukur lilit bahagian kaki sama dari bahagian paha sehingga ke bahagian buku lali.


    II.            Seluar Jean Skinny
Ø  Seluar jeans skinny ini pula merujuk kepada ukuran lilitan kaki yang semakin mengecil hingga ke paras bawah. Seluar jeans jenis ini lebih diminati para remaja khususnya kerana seluar ini lebih bersifat kasual dan mudah disesuaikan dengan para pemakainya.


 III.            Seluar Jean Bow-Cut
Ø  Seluar jenis ini pula bermaksud ukuran lilitan kaki pada bahagian paha adalah seperti seluar jeans yang biasa. Akan tetapi ukurtan bawah selarnya adalah tidak seperti biasa. Hal ini adalah kerana ukuran bawah pada bahagian kaki adalah sedikit besar. Contohnya, seluar 60-an yang masih dipakai sehingga ke hari ini.



Seluar Track-Suit

Seluar track-suit adalah pakaian yang selalunya dipakai untuk tujuan beriadah. Akan tetapi, seluar ni juga sesuai dipakai dalam waktu harian kerana seluar ini selesa dan longgar. Fabrik yang digunakan juga memberikan keselesaan kepada pemakainya.  Secara khususnya, seluar jenis ini memang menjadi pilihan semua peringkat usia kerana selesa untuk kemana sahaja dan lebih bersifat releks. Seluar track suit ini semakin banyak jenis yang dikeluarkan dipasaran mengikut kehendak dan aktiviti pengguna. Fabrik yang digunakan lebih berkualiti. Kebanyakan seluar track suit yang ada dipasaran sekarang sudah lebih mesra pengguna iaitu dengan mempelbagaikan jenis warna, jenema yang berkualiti, saiz dan reka bentuk bagi membuatkan pengguna lebih bijak membuat pilihan mengikut kehendak dan aktiviti mereka.






Seluar Slack


Seluar slack secara lazimnya merupakan seluar yang menggunakan fabrik kain jenis polyster. Dalam tahun 60-an, telah diperkenalkan seluar panjang bagi wanita sebagai item fesyen, membawa kepada era berseluar dan pereka seluar jeans dan secara beransur-ansur terhakis larangan terhadap gadis dan wanita yang memakai seluar di sekolah, tempat kerja, dan restoran-restoran. Tambahan pula, seluar slack yang diperkenalkan menjadikan wanita lebih tampak anggun dan kemas. Pemakaian seluar slack ini juga lebih sesuai dipadankan dalam majlis formal atau rasmi. Ini lebih memperlihatkan wanita tersebut kelihatan lebih profesional. Bagi wanita yang bekerjaya, pemilihan seluar slack adalah lebih wajar kerana mampu membantu wanita tersebut brada dlm keadaan yang lebih selesa. Tambahan pula, slack yang berada dipasaran sekarang lebih selesa kerana terdapat slack yang menggunakan fabrik cotton.




RUJUKAN:
http://en.wikipedia.org/wiki/trosures
http://dewanbahasadanpustaka.com


No comments:

Post a Comment