Mace Windu Lightsaber - Alternate Select
Cuteki ecards

Tuesday 6 November 2012

Produk #4 : Tudung.


Bertemu lagi kita....terima kasih kerana sudi lagi menjengah pada entri kali ini....


Tudung

Tudung merupakan satu pakaian wajib bagi umat islam khususnya. adalah perkataan Melayu, yang bermaksud "perlindungan", yang biasanya diterjemahkan sebagai hijab. Tudung dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis seperti Tudung Bawal, Tudung Segera, Selendang dan lain-lain.


Tudung Bawal

Tudung bawal merupakan tudung yang paling laris mendapat permintaan dari pelanggan. Tudung bawal yang pelbagai warna, corak, dan saiz, menjadikan tudung ini sentiasa “up-to-date” dgn fesyen semasa kerana fesyennya boleh berubah-ubah mengikut kehendak si pemakai. Bagi penggemar tudung bawal dan yang ingin tampil simple, kemas dan masih mengekalkan ciri-ciri elegan tidak kira ke office atau majlis-majlis yang dihadiri, manik-manik dan renda pada tudung, kini terdapat tudung bawal terbaru yang menampilkan warna-warna menarik dalam 3 ton warna dari cerah ke gelap mengikut kepada pilihann pelanggan.









Tudung 'Segera’

Tudung `segera’ bermaksud tudung moden yang baru diperkenalkan dan menjadi fesyen ikutan ramai sama ada anak muda ataupun golongan dewasa. Tudung `segera’ ini lebih mudah dan cepat dipakai kerana potongan bentuknya sudah tersedia ada. Kepelbagaian warna, corak dan bentuk telah menjadikan tudung ini lebih digemari oleh golongan dewasa. Antara contoh tudung 'segera' ini adalah

Tudung Ariani
                                          




Tudung Fareeda
                                        



Tudung Syria
Merupakan tudung yang mempunyai bahagian anak tudung pada sebelah dalam. Tudung ini  ada 2 lapisan yang tidak dijahit bersama pada hujungnya, jadi apabila memakainya akan jadi melekap pada dahi. Bahagian luarnya akan nampak seperti memakai dua lapisan tudung.





Selendang


Selendang merupakan salah satu item masa kini yang digunakan untuk menutup aurat. Selendang yang semakin mendapat tempat dihati penggemar fesyen telah menjadikan pengeluaran selendang dengan kepelbagaian corak dan warna semakin meningkat di pasaran. Selendang lebih menjadi pilihan para remaja kerana ianya lebih mudah difesyenkan mengikut style dan mood para pemakai. Selendang juga mudah dipakai bagi mereka yang tahu caranya. Cara belitan dan pin yang digunakan tidak terlalu rumit untuk dipadankan kerena selendang itu sendiri sudah menyerlah dengan  tekstur kain selendang itu sendiri.



RUJUKAN:

1 comment:

  1. Casino Las Vegas, NV | MapYRO
    Casino Las Vegas, NV · Westheimer Rd Las Vegas, NV 89135 · 안양 출장마사지 Westheimer Rd Las Vegas, NV 89135 · Las Vegas, NV 89135 시흥 출장샵 · MapYRO: This 당진 출장마사지 map is a 경상남도 출장샵 subset of what the Las Vegas Strip has to offer. 고양 출장안마

    ReplyDelete