Baju atau pakaian adalah salah satu keperluan bagi manusia. Baju dapat diklisifikasikan sebagai sejenis pakaian yang dibuat untuk menutup bahagian atas tubuh badan. "For Gorgous" membahagikan produk ini kepada beberapa jenis seperti baju kurung, baju kebaya, blause, kemeja - t, serta jubah.
BAJU KURUNG
Baju kurung adalah baju panjang yang longgar, mempunyai kain (skirt) labuh dan baju (blause). Kain baju kurung adalah labuh dengan lipatan banyak pada hanya sebelah kain. Manakala, baju pula tidak mempunyai kolar, berlengan panjang, labuh baju sampai ke lutut. Jenis kain yang selalu digunakan untuk membuat baju kurung adalah sutera.
Terdapat beberapa jenis baju kurung, antaranya :
- Baju Kurung Riau-Pahang- baju kurung jenis ini mempunyai pesak, sedikit mengikut potongan dibahagian pinggang, dan kembang sedikit dibahagian bawah bahu.
- Baju kurung kedah- baju kurung jenis ini mempunyai baju dan lengan yang singkat.
- Baju kurung biasa- baju kurung jenis ini mempunyai baju labuh hingga lutut, dan tidak mengikut porongan badan.
- Baju Kurung Moden- baju kurung jenis ini terdapat dalam pelbagai jenis gaya antaranya lengan bercekak, ketat di pinggan, berlabuci, baju kembang, berzip belakang dan sebagainya.
Baju kurung biasa
Baju Kurung Biasa
( Kadar harga : RM 60-RM 200 )
Baju Kurung Riau-Pahang
Baju Kurung Riau-Pahang
( Kadar Harga : RM 100-RM 200)
Baju Kurung Kedah
Baju Kurung Kedah
( Kadar Harga : RM 80-RM 200)
Baju Kurung Moden
Baju Kurung Moden
( Kadar Harga : RM 80-RM 200)
http://liveitlively.blogspot.com/2011/08/ramadhan-day-14-ensiklopedia-baju-raya.html#.UJiokcVVKSo
RUJUKAN:
RUJUKAN:
http://mykamus.com/free/2010/09/jubah
BAJU KEBAYA
Baju kebaya adalah yang berasal dari Indonesia. Terdiri daripada labuh, singkat, mengikut potongan badan dan tidak mengikut potongan badan.
Baju Kebaya terdiri daripada Empat kategori, antaranya:
- Kebaya Nyonya- baju jenis ini mempunyai sulaman, biasanya diperbuat daripada kain kapas nipis, atau separuh nilon, bajunya singkat, dan berkolar.
Baju Kebaya Nyonya
(Kadar Harga : RM 120 dan keatas)
- Kebaya Labuh- direka labuh hingga ke paras lutut atau pun lebih. Tangannya panjang dan lebar.Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar kebawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju.
Kebaya Labuh
(Kadar Harga : RM 100- RM 250)
(Kadar Harga : RM 100- RM 250)
- Kebarung- nama baju ini hasil gabungan dua jenis baju iaitu baju kurung dan kebaya. Ciri-ciri baju ini adalah potongan longgar, dan labuh sampai ke paras lutut
Kebarung
(Kadar Harga : RM 100-RM 200)
- Kebaya Moden- baju jenis ini terdapat dalam pelbagai rekaaan. Antara contoh rekaaan adalah gabungan kebaya dengan baju budaya negara luar, berlabuci, gabungan potongan singkat dan labuh dan sebagainya.
Kebaya Moden
(Kadar Harga : RM180 dan keatas)
(Kadar Harga : RM180 dan keatas)
http://liveitlively.blogspot.com/2011/08/ramadhan-day-14-ensiklopedia-baju-raya.html#.UJiokcVVKSo
KEMEJA –T
Kemeja-T ialah baju yang dipakai dengan menyarungnya dari kepala kebawah untuk melitupi sebahagian besar badan manusia. Ia biasanya tidak berbutang , tidak berkolar, atau tidak bersaku, dan memilik perbagai corak, teks, dan gambar.
.
RUJUKAN:
BLAUSE
Blause merupakan pakaian yang ketat bahagian atas dan longgar di bahagian bawah. Ia dipakai oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira pekerja, kanak-kanak, wanita, artis, dan sebagainya. Biasanya, blause dipadakan dengan tali pinggang. Blause selalunya dibuat dari kain jenis kapas atau sutera dan juga berkolar atau tidak berkolar. Untuk dilihat lebih feminin, blause direka dengan dekorasi sulaman dan reben
Blause
(Kadar Harga : RM 19.90 dan keatas)
RUJUKAN:
Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Blouse
JUBAH
Jubah adalah sejenis pakaian yang longgar, labuh, dan biasanya dipakai semasa majlis rasmi. Jubah juga mempunyai pelbagai rekaan seperti bercekak di pergelangan tangan, berlapis-lapis, berzip, dan sebagainya.
Jubah
(Kadar Harga : RM 69 dan keatas)
RUJUKAN:
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemerupakan satu usaha yang bagus. kaedah ini merupakan satu cara yang bijak dalam memperkenalkan sesuatu produk dan langkah penting terutama dalam memulakan sesuatu perniagaan.
ReplyDelete