Mace Windu Lightsaber - Alternate Select
Cuteki ecards

Tuesday, 6 November 2012

Produk #6 : Rantai.

Hai semua...kita jumpa lagi...entri kali ini...mari kita baca sama-sama ok??


Rantai Leher/Tangan/Kaki

Rantai merupakan salah satu aksesori perhiasan diri bagi wanita. Rantai pula terdiri daripada rantai leher, rantai tangan dan juga rantai kaki. Terdapat pebagai jenis rantai yang ditawarkan dalam pasaran. Rantai juga terdiri daripada emas, perak dan lain-lain. Rantai leher sesuai dipakai oleh setiap wanita kerana bentuk, warna dan jenis yang ditawarkan mudah disesuaikan dengan si pemakai.


Rantai Mutiara



Mutiara digunakan oleh kaum wanita sebagai perhiasan diri. Rantai mutiara ini sesuai dipadankan dalan majlis makan malam atau majlis yang memerlukan si pemakai untuk berhias anggun. Si pemakai akan kelihatan anggun kerana mutiara sangat cantik dan mempunyai nilai harga yang tinggi.

Rantai Perak
                     

Berikut adalah rantai leher perak  yang cantik dan bergaya. Ia sangat sesuai bagi wanita bekerjaya, korporat dan golongan professional, para ahli politik dan kumpulan yang aktif bepersatuan dan bagi yang sukakan gaya dan elegan.


Rantai Emas

Rantai leher emas menjadi pilihan para wanita yang mementingkan nilai bagi barang perhiasan yang dipakainya. Hal ini demikian kerana, emas mempunyai satu nilai harga yang tinggi. Barang yg dilingkarkan pada leher sebagi hiasan ini akan menampakkan sipemakai kelihatan mewah dan menarik jika kena pada bentuk dan ukurannya.




Rantai Manik
      
Rantai manik pula merupakan rantai jenis manik kaca yang selalu digunakan sebagai rantai leher untuk perempuan. Kesesuain pemilihan warna dan reka bentuk aksesori rantai manik ini akn menampakkan si pemakai lebih menyerlah. Pemakaian rantai manik tidak memerlukan si pemakai mengenakan aksesori lain yang agak berat kerana manik itu sendiri telah menjadi penyeri utama si pemakai.




 RUJUKAN:



No comments:

Post a Comment