Mace Windu Lightsaber - Alternate Select
Cuteki ecards

Tuesday 6 November 2012

Profil Ahli Kumpulan.

Selamat Datang ke Blog kami.


AHLI KUMPULAN


NORJANA BINTI JAFAR
206527
BBA



SITI FATIMAH BINTI ZULKIFLI
206456
BBA



NUR SHYIDA BINTI SAZALI
206454
BBA

Ringkasan blog.


Secara amnya, blog ini menerangkan secara khusus tentang informasi  berkenaan dengan aksesori wanita yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu  pakaian dan aksesori lain. Signifikannya, pakaian dan aksesori  wanita yang dipamerkan ini mengikut peredaran zaman dan trend terkini  fesyen. Peredaran zaman telah membuatkan golongan wanita lebih memilih untuk menampilkan personaliti yang lebih terjurus kepada gaya ringkas dan menarik tetapi dapat disesuaikan dengan situasi yang dihadiri. Trend pemilihan pakaian serta aksesori pada masa kini lebih kepada ringkas,selesa,menarik serta mengikut peredaran fesyen. Maklumat yang dinyatakan di dalam blog ini dapat membantu golongan wanita untuk lebih memahami serta menambahkan pengetahuan tentang fesyen serta jenis-jenis pakaian dan aksesori yang sesuai untuk digayakan. 

Produk "For Gorgous".

Pelanggan yang dihormati,
Mencari pakaian dan aksesori yng bersesuaian?
Keliru tentang klasifikasi pakaian serta aksesori?
Ingin mengetahui trend serta fesyen terkini?


"For Gorgous" telah menklasifikasikan aksesori wanita kepada dua bahagian utama iaitu Pakaian dan Aksesori lain.
Hal ini untuk memudahkan pembaca untuk memahami dengan lebih mudah tentang Aksesori Wanita yang menjadi trend masa kini.


Kami disini sedia membantu anda.......
Teruskan bersama kami.............

Klasifikasi Produk Pakaian.

Disini kami telah klasifikasikan produk dibawah subtopik Pakaian.....


Dalam blog ini, kami telah membahagikan subtopik pakaian ke beberapa subtopik kecil iaitu Baju,Seluar,Skirt dan Tudung.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk dibawah subtopik ini, teruskan bersama kami.....

Produk #1 : Baju.

Pembaca yang dihormati,


Baju atau pakaian adalah salah satu keperluan bagi manusia. Baju dapat diklisifikasikan sebagai sejenis pakaian yang dibuat untuk menutup bahagian atas tubuh badan. "For Gorgous" membahagikan produk ini kepada beberapa jenis seperti baju kurung, baju kebaya, blause, kemeja - t, serta jubah.



BAJU KURUNG

Baju kurung adalah baju panjang yang longgar, mempunyai kain (skirt) labuh dan baju (blause). Kain baju kurung adalah labuh dengan lipatan banyak  pada hanya sebelah  kain. Manakala, baju pula tidak mempunyai kolar, berlengan panjang, labuh baju sampai ke lutut. Jenis kain  yang selalu digunakan untuk membuat baju kurung adalah sutera.
Terdapat beberapa jenis baju kurung, antaranya :

  1. Baju Kurung Riau-Pahang- baju kurung jenis ini mempunyai pesak, sedikit mengikut potongan dibahagian pinggang, dan kembang sedikit dibahagian bawah bahu.
  2. Baju kurung kedah- baju kurung jenis ini mempunyai baju dan lengan yang singkat.
  3. Baju kurung biasa- baju kurung jenis ini mempunyai baju labuh hingga lutut, dan  tidak mengikut porongan badan.
  4. Baju Kurung Moden- baju kurung jenis ini terdapat dalam pelbagai jenis gaya antaranya lengan bercekak, ketat di pinggan, berlabuci, baju kembang, berzip belakang dan sebagainya.
Baju kurung biasa

Baju Kurung Biasa
( Kadar harga : RM 60-RM 200 )

Baju Kurung Riau-Pahang

Baju Kurung Riau-Pahang
( Kadar Harga : RM 100-RM 200)


Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah
( Kadar Harga : RM 80-RM 200)


Baju Kurung Moden

Baju Kurung Moden
( Kadar Harga : RM 80-RM 200)

Produk #2 : Seluar.

Pembaca yang dikasihi, produk kedua yang ingin kami kongsikan pengetahuan adalah......
Seluar
Seluar panjang ialah sejenis pakaian yang dipakai di bahagian bawah badan dari pinggang ke pergelangan kaki, menutupi kedua belah kaki berbeza (berbanding dengan kain yang merentang kedua belah kaki seperti skirt dan baju). Seluar pendek pula hanya sampai ke takat sekitar lutut. Seluar merupakan pakaian yang lebih dipilih oleh golongan pengguna kerana memudahkan pergerakan dan kelancaran aktiviti harian. Seluar bagi wanita terdiri daripada tiga jenis yang utama iaitu seluar jeans, seluar slack dan seluar track-suit. Seluar dalam kebanyakan dunia Barat, seluar telah dipakai sejak zaman purba dan sepanjang tempoh zaman pertengahan, menjadi bentuk yang paling biasa pakaian badan yang lebih rendah bagi lelaki dalam zaman moden. Sejak abad ke-20, seluar telah menjadi lazim bagi wanita juga. Seluar pendek sering pilihan dalam cuaca panas atau bagi sesetengah sukan, dan juga sering oleh kanak-kanak. Seluar dipakai pada pinggul atau pinggang, dan boleh dicengkam untuk tujuan ketatkan menggunakan tali pinggang, atau suspender (pendakap).

Seluar Jeans
Jean ialah seluar panjang yang diperbuat daripada denim yang tebal dan tahan lasak. Sebahagian jean biru Amerika Syarikat terawal dibuat oleh Jacob Davis, Calvin Rogers, danLevi Strauss pada 1873. Bermula pada 1950-an, jean, mulanya direka untuk pekerja, menjadi popular di kalangan remaja. Jenama bersejarah termasuklah Levi's, Lee, dan Wrangler. Jean sekarang ini merupakan pakaian kasual yang amat popular di seluruh dunia, sudah berdekad-dekad. Jean mempunyai banyak gaya dan warna. Walau bagaimanapun, "jean biru" dikaitkan dengan budaya Amerika, terutamanya American Old West. Seluar jean wanita terdiri daripada Straight cut, skinni dan bo-cut.
       I.            Seluar Jean Straight Cut
Ø  Seluar jean jenis straight cut ini merupakan jenis seluar jens yang mempunyai lilitan pinggang dan ukuran yang sama seperti seluar jeans yang lain. Straight cut bermaksud ukur lilit bahagian kaki sama dari bahagian paha sehingga ke bahagian buku lali.


    II.            Seluar Jean Skinny
Ø  Seluar jeans skinny ini pula merujuk kepada ukuran lilitan kaki yang semakin mengecil hingga ke paras bawah. Seluar jeans jenis ini lebih diminati para remaja khususnya kerana seluar ini lebih bersifat kasual dan mudah disesuaikan dengan para pemakainya.


 III.            Seluar Jean Bow-Cut
Ø  Seluar jenis ini pula bermaksud ukuran lilitan kaki pada bahagian paha adalah seperti seluar jeans yang biasa. Akan tetapi ukurtan bawah selarnya adalah tidak seperti biasa. Hal ini adalah kerana ukuran bawah pada bahagian kaki adalah sedikit besar. Contohnya, seluar 60-an yang masih dipakai sehingga ke hari ini.



Seluar Track-Suit

Seluar track-suit adalah pakaian yang selalunya dipakai untuk tujuan beriadah. Akan tetapi, seluar ni juga sesuai dipakai dalam waktu harian kerana seluar ini selesa dan longgar. Fabrik yang digunakan juga memberikan keselesaan kepada pemakainya.  Secara khususnya, seluar jenis ini memang menjadi pilihan semua peringkat usia kerana selesa untuk kemana sahaja dan lebih bersifat releks. Seluar track suit ini semakin banyak jenis yang dikeluarkan dipasaran mengikut kehendak dan aktiviti pengguna. Fabrik yang digunakan lebih berkualiti. Kebanyakan seluar track suit yang ada dipasaran sekarang sudah lebih mesra pengguna iaitu dengan mempelbagaikan jenis warna, jenema yang berkualiti, saiz dan reka bentuk bagi membuatkan pengguna lebih bijak membuat pilihan mengikut kehendak dan aktiviti mereka.






Seluar Slack


Seluar slack secara lazimnya merupakan seluar yang menggunakan fabrik kain jenis polyster. Dalam tahun 60-an, telah diperkenalkan seluar panjang bagi wanita sebagai item fesyen, membawa kepada era berseluar dan pereka seluar jeans dan secara beransur-ansur terhakis larangan terhadap gadis dan wanita yang memakai seluar di sekolah, tempat kerja, dan restoran-restoran. Tambahan pula, seluar slack yang diperkenalkan menjadikan wanita lebih tampak anggun dan kemas. Pemakaian seluar slack ini juga lebih sesuai dipadankan dalam majlis formal atau rasmi. Ini lebih memperlihatkan wanita tersebut kelihatan lebih profesional. Bagi wanita yang bekerjaya, pemilihan seluar slack adalah lebih wajar kerana mampu membantu wanita tersebut brada dlm keadaan yang lebih selesa. Tambahan pula, slack yang berada dipasaran sekarang lebih selesa kerana terdapat slack yang menggunakan fabrik cotton.




RUJUKAN:
http://en.wikipedia.org/wiki/trosures
http://dewanbahasadanpustaka.com


Produk #3 : Skirt.

Entri kali ini "For Gorgous" ingin berkongsi tentang pakaian yang dipanggil....

Skirt
Merupakan sejenis kain yang berbentuk kon. Ia dipakai dari pinggang dan menutupi seluruh atau separuh kaki.
Terdapat beberapa jenis asas skirt, antaranya:
  • “Straight skirt” atau “Pencil skirt- skirt  ini direka tergantung lurus daripada pinggul.

  • Full skirt- skirt yang dari pinggang dan boleh didapati dalam ukuran panjang dan pendek. 

 

 

  • Short skirt-  skirt dengan “hemline” atas lutut

  •  A-line skirt- skirt yang berbentuk huruf A


  •  Circle skirt- skirt yang dipotong untuk mendapatkan bentuk yang bulan. Skirt jenis ini tanpa “darts”, “pleats”, atau “gather”.




·         Hobble skirt- skirt panjang dan ketat dengan dihiasi cukup sempit untuk mengukarkan  langkah si pemakai .

RUJUKAN:

Produk #4 : Tudung.


Bertemu lagi kita....terima kasih kerana sudi lagi menjengah pada entri kali ini....


Tudung

Tudung merupakan satu pakaian wajib bagi umat islam khususnya. adalah perkataan Melayu, yang bermaksud "perlindungan", yang biasanya diterjemahkan sebagai hijab. Tudung dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis seperti Tudung Bawal, Tudung Segera, Selendang dan lain-lain.


Tudung Bawal

Tudung bawal merupakan tudung yang paling laris mendapat permintaan dari pelanggan. Tudung bawal yang pelbagai warna, corak, dan saiz, menjadikan tudung ini sentiasa “up-to-date” dgn fesyen semasa kerana fesyennya boleh berubah-ubah mengikut kehendak si pemakai. Bagi penggemar tudung bawal dan yang ingin tampil simple, kemas dan masih mengekalkan ciri-ciri elegan tidak kira ke office atau majlis-majlis yang dihadiri, manik-manik dan renda pada tudung, kini terdapat tudung bawal terbaru yang menampilkan warna-warna menarik dalam 3 ton warna dari cerah ke gelap mengikut kepada pilihann pelanggan.









Tudung 'Segera’

Tudung `segera’ bermaksud tudung moden yang baru diperkenalkan dan menjadi fesyen ikutan ramai sama ada anak muda ataupun golongan dewasa. Tudung `segera’ ini lebih mudah dan cepat dipakai kerana potongan bentuknya sudah tersedia ada. Kepelbagaian warna, corak dan bentuk telah menjadikan tudung ini lebih digemari oleh golongan dewasa. Antara contoh tudung 'segera' ini adalah

Tudung Ariani
                                          




Tudung Fareeda
                                        



Tudung Syria
Merupakan tudung yang mempunyai bahagian anak tudung pada sebelah dalam. Tudung ini  ada 2 lapisan yang tidak dijahit bersama pada hujungnya, jadi apabila memakainya akan jadi melekap pada dahi. Bahagian luarnya akan nampak seperti memakai dua lapisan tudung.





Selendang


Selendang merupakan salah satu item masa kini yang digunakan untuk menutup aurat. Selendang yang semakin mendapat tempat dihati penggemar fesyen telah menjadikan pengeluaran selendang dengan kepelbagaian corak dan warna semakin meningkat di pasaran. Selendang lebih menjadi pilihan para remaja kerana ianya lebih mudah difesyenkan mengikut style dan mood para pemakai. Selendang juga mudah dipakai bagi mereka yang tahu caranya. Cara belitan dan pin yang digunakan tidak terlalu rumit untuk dipadankan kerena selendang itu sendiri sudah menyerlah dengan  tekstur kain selendang itu sendiri.



RUJUKAN:

Produk #5 : Beg Tangan.


Bertemu lagi kita...
Entri kali ini "For Gorgous" mahu berkongsi berkenaan......

Beg Tangan
Beg tangan adalah beg yang bersaiz sederhana dan bertali. Bag ini biasanya direka dengan pelbagai fesyen. Fungsi beg tangan adalah  tempat mengisi barang peribadi seperti bag duit, kunci, kosmetik, sikat, telefon bimbit, dan sebagainya.
Jika mengikut jenis pemegang, beg tangan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, antaranya:

  • “tote”- satu beg saiz sederhana hingga besar, mempunyai dua tali dan bahagian atas terbuka.


“cross-body”- satu tali panjang  dengan beg yang disandang di bahu.


             
  • “sling bag”-  satu tali panjang yang lebar menlintangi badan dengan beg disandang dibahagian belakang



  • “shoulder bag”- mana-mana beg dengan tali panjang di bahu



  • “clutch”-  beg tanpa tali



RUJUKAN:
http://en.wikipedia.org/wiki/Handbag